Adat Perkahwinan Bangsa Bisaya Daerah Beaufort Sabah


Sebelum itu, aku nak mengucapkan tahniah kepada rakan sekerja aku, Rosdahri dan isterinya Sopiah atas perkahwinan mereka pada 4-6 Disember yang lalu.
Aku berkampung di Kampung Suasa, Daerah Beaufort untuk menyaksikan majlis yang cukup bermakna tersebut. Aku bersa bertuah kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan bangsa Bisaya Beaufort. Keramahan penduduk kampung tersebut menjadikan aku rasa tidak kekok dan seperti berada di kampung halaman di Kota Samarahan, Sarawak.
Ingatkah anda pada Rukun Nikah?
-
Pengantin Lelaki
-
Pengantin Perempuan
-
Akad Nikah
-
Wali
-
2 Orang Saksi

Memenuhi rukun nikah yang ke-3, majlis didahulukan dengan akad nikah pada 4/12/2009. Seperti perkahwinan yang lain dan tiada bezanya.Akad nikah ini dilakukan di rumah pengantin perempuan di Kampung Palai Gadong di Daerah Beaufort juga. Dengan berwalikan bapa kandung pengantin perempuan, Sopiah selamat diijabkabulkan dengan Rosdahri dengan sekali lafaz sahaja. Masa tu, cukup istimewa sekali melihat rakan menjadi ahli kelab yang bernama ‘ Suami’.



Selepas itu, majlis diteruskan dengan Malam Berinai.


Selepas itu pengantin disandingkan secara solo di rumah masing-masing.
Adat menepung tawar pengantin dilakukan dan selepas itu majlis diteruskan dengan adat berinai.
Sebelum berinai, pengantin digosokkan badannya dengan campuran beras dan herba seperti mandi pengantin. Tetapi teksturnya lebuh halus. Seluruh badan disapu dan digosok dan dibiarkan sehingga kering. Selepas itu, adat berinai pun bermula.
Adat berinai ini dilakukan oleh ahli kelurga yang terdekat seperti mak saudara, nenek dan anak saudara perempuan. Tidak ubah seperti berada di SPA.
Cukup meriah masa ini dengan gelak ketawa mereka sambil tangan bekerja, mulut pun turut ketawa mengusik pengantin. Inai di dibiarkan sehingga cukup kuning melekat di tangan dan kaki.
Aku balik ke hotel pada pukul 12.30 mlm. Aku kepenatan hari tu.
Keesokkan harinya, 6/12/2009. Upacara persandingan diadakan. Ada 3 persalinan pakiaan yang perlu dipakai. Antaranya,

Pakaian Set Baju Melayu
Pakaian Tradisional Kaum Bisaya

Pakaian Moden
Setiap pakaian, pihak lelaki menjemput pengantin perempuan di rumahnya dan dibawa balik ke rumah pengantin lelaki.

Ni antara shoot yang aku rasa paling aku suka pada majlis tu.
